Welcome to Our Life

Coretan Suka Duka Bersama-sama Insan Tersayang..Moga Cinta Kami Subur Hingga ke Syurga Allah...Cinta Ku Padanya Adalah Kerana ALLAH s.w.t

25 Apr 2013

Holiday To Singapore

6-10-2012 >>>Singapore

Just want to share with u olls about jenjaln kat Singapore..=) apa yg kami buat disana,pge mana & pe yang menarik di sana..jum check it out!

kami kesana menaiki flite dr LCCT eport..Ni kali pertama Zara ke obersea n mommy plk 1st time g Singapore...hehe..yelah dia baru 8 month young pd time tuh.Mommy plk baru pertama kali ke Singapore but not for Daddy zara..travel ke oversea mmng perkara biasa bg husbnd & femilinya.dgn pengalaman yg ada dan dh bnyak kali ke sana husband yang mnjadi ketua trip kami kali ni..hehe..daripada pembelian ticket flite,booking hotel dimana,kemana nk pergi,naik apa di sana dia yg arrange kan..TQ Sayang..=) 

bawak baby holiday mmng memenatkan jika kita xprepare betol2 persiapan spt mknn dia,pakaian dia,pampers dia,tmpt tdo dia,susu dia & kena fikir jln2 yg terbaik untuk mengelakkan dia panas & sejuk melampau..kat sini saya nk share sumeting about bwk baby jenjln jauh...=

Untuk senng bawa zara kami decide xnk bawa stroller zara memndngkan kami akn travel ngn MRT n taxi di sana nnti. Kami decided bwk baby carrier je untuk zara.so lbh selamat n senng nk jalan..but cian daddy,kena bawak zara..mommy tgh preggy 4 month dats time n xleh lasak2..=( Zara ok je dlm carrier tu mmndangkan dia mmng suka Daddy dukung dia..Alhmdulillah sepnjng perjlnn zara enjoy the trip to singapore n dia xmoody langsung..=)

 Makann & susu zara mommy dah prepare siap2 dlm satu beg khas dia,untuk senng dia mbil bila perlu.tipa kali travel even di KL ataupon ke mana2 beg khas tu akn ada air panas,susu,air mineral & biskut zara bersama bekas mknn + sudu dia skali..ini penting sbb kita xleh jangka bila dia lapar & nk susu.sesampai je kami di eport tadi mommy terus tukar lampin zara,bg dia mkn nestum & BF dia secukupnya memandangkan di LCCT td mommy xsmpat berbuat demikian dan juga untuk mengelakkan dia meragam di dllm MRT or taxi nnti..=) di eport Singapore mmng sngt2 bersih & bnyk kemudahan for mommy n baby spt bilik mnyusu khas,air panas disediakan n tmpt nk mndikan bby pon ada..mmng bersih & senng hati even bawak bby..=)

Singapore mmng negara yg sangat bersih..tu yg i like sesangat.xdak asap rokok,xdak asap kenderaan,xdak sampah & org2 nya walaupon china dan opkos bukan islam..mereka sngt menghormati tourist & org islam..=) yang paling pelik ku rasa,bila dorang mmng teruja tgk baby..hehe..mmng pon!! zara jadi mangsanya..sepnjng naik MRT ke hotel, zara akan disapa & ditegur oleh dorang.they say..Cute baby.big eyes..n so cuteee..hehe..mommy sengehh jew..cuma dorang ssh sket nk communicate in english..bukan semua china singapore tahu english yer..hehe..even kita ckp english dgn dorang tp dorang akn diam n senyum je..warga singapore majority is Chinese & ada jugak Islam Melayu.kebnyakkan yg islam pakai tudung cantik,kemas dan litup. =)

Eport Singapore-kami sampai dah..=)

Naik MRT dr eport ke Bugis Street.Mommy dapat duduk sbb ada yang give me this seat.
Sesampainya kami di hotel penginapan,kami terus check in & menunggu papa n mama husbnd a.k.a mertua I lew..hehe..dorang pon join kami ke sana tp flite berlainan..so kami decide berjumpa di hotel saja di Bugis Street. Husband dh booking bilik2 hotel di sana kerana berdekatan dgn Masjid Sultan,Arab Street memndangkan hari kami tiba disana adalah hari jumaat & husband nak solat Jumaat di masjid singapore..=) di Bugis Street bnyak kedai mknn HALAL spt Restoran Zam Zam..lupa nk amik gmbr plk..tp mknn dia mmng mcm kedai mamak kt mesia jgk la..mcm2 adoo..hehe..=) untuk zara ak dah siapkan mknn dia..time tu zara dh mkn mknn spt Nestum,buah2 & soft food. so mommy  just siapkan nestum n biskut Biscotti  untuk dia. =) 
dah smapai hotel..zara dan ngantokk la mommy..;(


Antara tempat yg menarik yang sempat kami melawat adalah Universal Studios Singapore (USS Singapore), Arab Street, Bugis Street,Orchard Road ( tmpat shopping), Marina Barrage, Waterfront of Singapore.

Untuk ke USS ni husband beli ticket online dr msia lagi,lagi senng n dapat diskaun dgn pembelian melalui online ni. Kami di sana 3H 2N n mmng kena planning btol2 jenjln kat sana..oh sebelum terlupa,Jangan lupa tular duit yer..nnti nk berbelanja ssh plk..hehe..tp kat sana xleh la sopping giler2 sbb duit Singapore lg mahai dr kita..huhu..tp untuk skali skala xpela kan..hehe..;p 

Untuk jenjln tour2 singapore kami decide naik bus Duck N Hippo n beli tiket di sini yer..http://www.ducktours.com.sg/

Bugis Street
Sekadar nak berkongsi hikmah yang kami perolehi dari trip kali ini..aku sangat kagum dengan beberapa sikap dan sifat orang-orang singapore ni yang sepatutnya ada pada orang-orang di malaysia,lebih-lebih lagi kita orang islam...kota singa ni terkenal dengan jolokan nama 'fined city'..sebab terlalu banyak saman yang dikenakan untuk menjaga negara mereka..=) antara perkara-perkara yang boleh disaman jika anda melakukannya ialah : buang chewing gum merata2, tak flush tandas lepas gunakan, buang sampah merata-rata sudah tentu,meludah..dan banyak lagi la..terutama bab-bab kebersihan..=) 

so bila takut kena Fined dorang akn ikut rules tu bg megelakkan duit mereka melayang begitu saja..hehe..tp bg ak bgusla begitu,takut ke arah kebaikkan..ermm..pembangunan di Singapore juga sngt2 teratur dan mmng bagus. bangunan2 nya kebanyakkan adlah environmetal friendly & mengamalkan konsep green building..maklumla ak kan Environmentalist kan...hehe..

singapore memang bersih..susah nak jumpa sampah..masjid bersih,jalan bersih,bus bersih MRT bersih padahal tong sampah boleh dikira ngn jari je yang di providekan...sungguh berbeza dengan malaysia,tandasnya sangat bersih,harum..kalau di malaysia susah nak jumpa tandas yang betul2 bersih dan terjaga..malu rasanya bila orang islam yang sepatutnya dituntut untuk menjaga kebersihan tapi negara orang kafir pula yang lebih menekankan bab kebersihan berbanding kita..;(

Satu lagi yang paling ketara, mereka sangat berdisiplin di jalan raya.. yang berkereta sangat menghormati pejalan kaki..ketika kami ingin melintas di sebuah jalan..tiba-tiba kereta tersebut berhenti tiba-tiba..kalau di malaysia,rasanya kena tunggu sampai kereta dah takde, baru boleh melintas.betol x???huhuhu...itu pun perlu cepat-cepat dan berlari-lari bimbang kereta datang..tapi berbeza di sini,bila kita berdiri di tepi jalan,pasti kereta akan berhenti dan memberi laluan..=)

Daddy tgk map jugak ke?hehe.. mencari hotel yg berada di depan mata di map..;p

Jum tgk beberapa pic yg smpat ak snap untuk u olls di hari kedua kami di singapore.kami ke USS studios..nk buh semua kang penuh plk..hehe..=)
Zara @ USS..baru sampai =)

teruja tgk air pancut..Mommy zara rasa mcm nk mandi jeww..hehe..


yang ni kami xnaik..huhuhu..myb next time!

beradu jap..kami dh penat..cian atuk kena melayan Zara..huhu









Paling best i suggest kan u olls yg nk holiday n trip ke Singapore jln2 di sana dgn naiki kereta lagi best,tp kna make sure tahu selok belok jln la ek..kami naik taxi & duck n hippo. Duck n Hippo tu adalah bus bandar yg akan bawak kita jenjln..tggu bus tu kat bus stop mana2 street n bila nk naik bus tu baru beli ticketnya dr driver..bus ni ada tourist guide di mana dia akan ceritakan ttng singapore, apa yg kita nmpak n akn bawa kitake tempt2 menarik tp kita xkan turun dr bus melainkan kita yg nk trun di beberapa perhentian yg ada attraction. then nk balik kita tggu bus yg sama jgk untuk blik..=) kami smpat naik feri jgk yg bawk kami jln2 ke sekitar Marina Barrage.

Marina Barrage di mana terletaknya Sands Skypark yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Singapura. Tiket untuk naik ke Skypark ini berharga S$20.00 di mana pada aras ketinggian 57 tingkat & dapat melihat pemandangan hampir keseluruhan Bandar Singapura.
 

sedikit info nk share pasal Marina Barrage yg ku dpt dr tenet..=) 

Marina Barrage merupakan sebuah empangan atau sekatan sepanjang 350 meter yang dibuat merentasi Terusan Marina. Projek mega bernilai S$226 (RM 565 juta) ini telah menukarkan Marina Bay kepada takungan air sebagai alternatif bagi membekalkan air bersih kepada rakyat Singapura. Sekatan yang dibina memisahkan air dalam takungan ‘Marina Basin’ dengan air laut yang masin. The Marina Barrage juga dianggap sebagai first “Reservoir in the city” di Singapore. Selain tarikan pelancong, ia juga berperanan mengawal banjir serta menjadi tempat perkelahan atau rekreasi kepada rakyatnya. Di Marina Barrage juga terdapat galeri atau ruang pameran untuk pengunjung memahami dengan lebih mendalam mengenai Marina Barrage.
 
dekat2 dgn MB tu ada Merlion Park yang merupakan ‘Landmark’ Singapura di mana tarikannya ialah mercu tanda separuh singa dan separuh ikan yang paling besar di Singapura (8.6 meter) di samping menikmati pembangunan ‘Waterfront’ yang sungguh menarik.
http://smp.townplan.gov.my/blog/wp-content/uploads/2012/11/20120926_162703.jpg

 Setelah dua malam berada di Singapura tibalah masanya untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan keluar dari Singapura kali ini adalah menaiki flite juga..zara still enjoyed the trip with atuk n ommi nya..=) she is the happy & friendly baby! Alhmdulillah..=)

Bila smpai je eport LCCT, ak terus terasa begitu sesak nafas dgn keadaan eport yg sesak & rmai org tu..huhhu..jauh berbeza dgn Singapore..bkn nk burukkan negara sndri,tp entahlah..huhhu..bila kita dah ke negara org bnyak pengalaman yg dpat kan,so pemikiran kita pon akn bertukar angin jgk kot..hehe..
  
okeylah u olls,setakat ni je leh sharing with u olls ttng trip kali ni..mungkin kami akn pge lagi next time tggu ank2 besar dlu la kot.kali ni sbgai permulaan insyaAllah..hehe..di singapore kami sonok sopping silk je..aku n MIL borong kain pasang silk drp Korea n Swiis..murah in dollar tp jgn convert ke RM la ek..hehe..;p survenior lain like baju2 n keychain boleh la kalu nk buat kenngan..=)

Just share hrga Universal Studios Singapore ticket options (Singapore Dollar yer):
One-day pass
Monday to Friday (Excluding black-out dates*)
Adult 66
Child 48
Senior 32

Weekends and black-out dates*
Adult 72
Child 52
Senior 36
*Public holidays, eve of public holidays and super-peak periods.


Adiossss...wsalam. =)
** MOmmy need a rest..baby dah tendang2..lama sngt mommy di kerusi..hehe..=)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.