Welcome to Our Life

Coretan Suka Duka Bersama-sama Insan Tersayang..Moga Cinta Kami Subur Hingga ke Syurga Allah...Cinta Ku Padanya Adalah Kerana ALLAH s.w.t

25 Jun 2014

OUR PRINCESS & PRINCE

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..masih berkesempatan bersama disini,dah lama tak ber'update' disini bukan apa pastword blog ini baru jumpa..hehe..harap maklum. ;)

Hari ni just nk bercerita tentang anak-anak saya yang sudah makin membesar & bijak dirumah sana. Alhamdulillah..Zara bulan ni (Jun) sudah berusia 2 tahun 4 bulan manakala Emir sudah berusia 1 tahun 1 bulan..Alhamdulillah. Zara belum bersekolah memandangkan belum ada sekolah yang menerima kanak-kanak 2 tahun bersekolah disini, tapi tak mengapa,Zara sudah pandai ABC sampai Z & 1,2 ,3 sampai 20 in English & Malay. Alhamdulillah.She learn very fast. She is very independent gurl & suka buat perkara yang dia rasa betul..hehe..Macam siapa tah??Daddy cakap mcm perangai mommy je..hehe..Biasalah anka mommy kan..;)) untuk zara, saya banyak membelikan dia buku yg bernombor,flash card & learning toys. Toys yang bermusic dia sangat suka. yang ada nyanyi-nyanyi & music dia akan dengar dan ikut. Mungkin sebab itu,zara lebih cepat bercakap sejak berumur 1 tahun 5 bulan lagi. She know how to call Daddy,Atuk but mommy lambat sikit..huhu..Its ok for me as long as i know she loves me so much.hehe.. Zara sangat suka tengok Baby TV & Hi 5.Saya rasa dia banyak belajar cara bercakap dan menyebut sesuatu in english because she learn it from baby TV.
Holiday 3D2N di Hardrock Hotel Penang Jun 2014-muka happy dapat dengar liveband di lobby hotel.

Suka bermain toys sama-sama dan sepahkan ruang tamu sama-sama..;)
Zara & Emir anak yang sangat comel,bijak & sangat senang dijaga oleh kami.Syukur padaMu ya Allah diberikana anak penyejuk mata & hati kami sekeluarga. Semoga Zara & Emir akan membesar dengan baik menjadi anak2 yang soleh & solehah,baik pada Mommy dan Daddy serta semua kaum keluarga kita serta menjadi Pemimpim yang hebat suatu hari nanti. Mommy percaya anak-anak mommy akan menjadi hamba Allah yang bertaqwa serta berjaya Dunia dan Akhirat. InsyaAllah. 


Zara sangat baik dengan adiknya,Emir Irsyad. Dia tak pernah berkasar dengan adik dia mahupun adiknya 'puk' dia..hehe...bila adik 'puk' dia,dia kan peluk & kiss adik..sampai adik pulak yang nanges rimas..hehe..mommy PERCAYA zara adalah kakak yang sweet & baik sangat..insyaAllah. 

Emir @Hardrock Hotel Penang.
Emir Irsyad,hero kedua mommy adalah seorang anak yang manja dengan mommy tapi makin besar dia nampaknya makin closed dengan daddy dia pulak. Mungkin sebab Daddy suka dukung dia & layan dia main ball kot..hehe..Alhamdulillah sampai sekarang mommy still breastfeeding  Emir ( 1 Yr 1 Month). Matlamat saya untuk menyusukan Emir sehingga 2 tahun dengan bantuan Supplement terbaik Shaklee ini. Semoga Allah permudahkannya & mengizinkannya, InsyaAllah.
Kakak sayang adik sangat! Baju pun mesti sama. Ramai ingatkan mereka berdua ni kembar..!Happy Mommy..hehe
Untuk kedua-dua permata hati saya ini,saya bekalkan mereka supplement yang berkualiti untuk kesihatan mental & fizikal mereka. InsyaAllah. Untuk Zara mommy berikan dia Omega Guard,Mealshake & Vitamin C Chewable. zara sangat suka makan chewable Vitamin C & emir sangat suka mealshake vanila dibancuh dalam susu nya. So far,Alhamdulillah anak-anak membesar dengan sihat & jarang selsema atau demam. Kalau tak sihat tu perkara biasa bagi budak yang sedang membesar,tapi demam dengan kerap adalah sangat tidak elok untuk pembesaran otak dan emosi mereka. So saya lebih suka menggunakan kaedah menjaga kesihatan mereka daripada kaedah mencari cara untuk mengubatinya.

Saya yakin dengan Produk Shaklee ini dan ini yang terbaik buat kami sekeluarga.Saya percaya semua orang mampu untuk consume produk ini memandangkan ianya adalah produk yang berkualiti setanding dengan harganya. 

Mutiara Kata Imam Hasan Al-Basri:
“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

Semoga anak-anak Mommy & Daddy berjaya di dunia & akhirat. InsyaAllah. 

Ya Allah,Peliharalah anak-anakku selama ketiadaan ku bersama mereka serta walau dimana sahaja mereka berada,sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam mendidik anak-anak ku ini,jadikanlah mereka anak-anak yang cerdik,sempurna,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlaknya,fasihkanlah lidahknya dan perelokkan suaranya untuk membaca Hadis dan Al Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. Ameen.


Zara & Emir, Mommy dan Daddy sayangkan kamu Dunia & Akhirat. InsyaAllah.
Mei 2014




 



 





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.