Welcome to Our Life

Coretan Suka Duka Bersama-sama Insan Tersayang..Moga Cinta Kami Subur Hingga ke Syurga Allah...Cinta Ku Padanya Adalah Kerana ALLAH s.w.t

20 Nov 2014

Checklist sebelum masuk rumah baru

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Hari ini saya nak share sedikit tips sebelum masuk ke rumah baru. Alhamdulillah rumah kami sudah siap sepenuhnya dan kami sudah berpuas hati dengan semua kerja renovation & additional wet kitchen yang dilakukan oleh kontraktor kedua kami ini. Semalam pergi lihat kerja memasang lampu sudah siap dipasangkan untuk kesemua bilik,ruang tamu,dapur,bilik-bilik, attic dan toilet. Dah boleh tersenyum sikit hari ini. 
Ok hari ini saya nak sharing sedikit tips yang saya telah janjikan. Apa yang perlu kita buat sebelum nak move in ke rumah baru. Saya percaya tidak semua rumah sudah ada kitchen cabinet dan wardrobe serta lampu serta kipas kan.

Ok untuk jenis rumah kami yang tidak berpagar ini, kami sangat mementingkan keselamatan penghuni rumah kami. so apa yang kami buat pertama sekali selepas mengambil kunci rumah adalah memasang grill, Alarm dan CCTV di rumah ini. 

Pertama: Grill
Dah siap pasang tinted, barulah korang pasang grill. Diingatkan, korang kena bagitau kat orang yang nak buat grill tu, kena buat satu tingkap kecemasan yang boleh dibukak bila ada kecemasan. Biasanya buat kat tingkap dalam bilik. Kalau kat tingkat atas tu dah ada pintu, kalo boleh korang mintak jugak buat untuk tingkap kecemasan. Just incase ada kebakaran or penyamun ke, boleh la korang keluar ikut tingkap tu. Tapi makesure la kat luar tingkap tu ada tempat nak landing. 
Grill ni pun ada banyak jenis iron yang digunkan. anda boleh campur iron kuat dan iron tak kuat untuk sesetengah tempat yang susah dipanjat orang seperti tingkap bilik air. Tanya kontraktor yang berpengalaman itu dimana sesuai untuk tingkap kecemasan rumah anda.

pastikan selepas buat grill,anda periksa setiap pintu yang dibuat..kukuh atau tidak,boleh dikunci atau tak..boleh ditarik atau tak..?

Kedua: Alarm Wiring/ CCTV
Before kita nak buat segala bagai mak nenek kat rumah ni, kita kena panggil orang yang nak pasang alarm tu untuk diorang buat kerja wiring dulu. Ye la, benda ni memang agak leceh bila ada siling, dinding yang perlu dihacking untuk kerja-kerja wiring yang berkaitan dengan pemasangan alarm ni.Selain tu kita juga perlu memasang CCTV dulu sebelum buat penambahan lain dan kita perlu tahu kedudukan wayaring untuk CCTV dan alarm tersebut.

Ketiga: Wiring
Dah siap suruh orang alarm tu wiring, now baru la panggil orang yang nak buat wiring satu rumah. Before tu kita dah kena kenalpasti jugak mana-mana tempat yang nak kena tambah point untuk plak atau suis.Biasa rumah baru sudah ada wiring basic untuk lampu toilet,kipas setiap satu di setiap bilik..Tapi jika ingin menambah kauntiti lampu atau kipas di dinning area atau family hall,perlu buat additional wiring & suis. Kita perlu planning untuk letak additional lampu,wall lite,chandelier,wallfan atau lain-lain additional suis semua tu perlu hack. So lakukan ini dulu ok.

Keempat: Plaster ceiling
Then baru la boleh buat plaster ceiling. Yang ni pun kena bincang betul-betul nak buat design lagu mana. Sat lagi, dah siap buat takleh nak cabut-cabut dah.hehe...Kita boleh tengok katalog apa design yang nak,jenis plaster ciling yang nk guna,wane apa,semua tu perlu diambik kira. Kami bernasib baik sebab rumah kami beli ni sudah ada plaster ciling. walaupun simple tapi kami suka.

Kelima: Mengecat rumah
Dah setel sume perkara-perkara yang melibatkan benda-benda tersorok diatas, baru la boleh mengecat rumah. 

Keenam: Kitchen Cabinet/Build in wardrobe/build in tv cabinet
Dah siap wiring, plaster ceiling dan  mengecat, boleh la nak panggil orang buat kitchen cabinet. Kalau ada yang nak buat wardrobe pun dah boleh suh depa buatkan. Sebab semua kerja-kerja "kotor" dah selesai kan, baru la buat kerja-kerja "cantik" pulak. 
Wardrobe biasa nya kontraktor akan buat di kilang dan hanya pemasangan sahaja dirumah kita.jika anda menggunakan lantai kayu parkir,seeloknya anda meminta kontraktor mengalas lantai tu dengan pelapik supaya lantai kayu tu tak tercalar.
Untuk wardobe saya suggestkan anda membuat wardobe yang tinggi serta rapat ke ceiling supaya lebih cantik dan kemas. Untuk kitchen kabinet diharap anda pastikan tempat basic pinggan mangkuk,tempat sinki serta dapur secara praktikal untuk memudahkan kerja masak memasak anda nanti.
Ketujuh: Tinted cermin
Dah siap cat apa yang patut, pasangla wallpaper siap-siap kalo nak..baru la kita pasang tinted cermin. Tinted ni kena tengok juga brand apa. Kalau brand from China or Korea memang murah, tapi faham-fahamla kualiti dia macam mana. Tujuan utama pasang tinted ni bukan je sebab nak cantik semata, tinted juga boleh mengelakkan langsir kat rumah kita tu kualitinya sentiasa maintain, tak lusuh dek panas sang mentari..cewahh 
Kelapan: Lampu/Kipas dipasang
Setelah wardrobe serta kitchen kabinet siap,dah boleh pasang lampu ditempat yang telah anda planning tadi. Makesure lampu anda bersesuaian dengan konsep rumah anda itu. Jangan terlampau menggunkana lampu yang banyak disesuatu ruang. Jangan jadikan rumah anda sebagai seperti kedai lampu..hehe..
Untuk pemasangan downlite,anda perlu memastikan pencahayaan yang sesuai untuk sesuatu ruang itu. Jangan letak terlampau banyak downlite di ruang bilik yang kecil dan pastikan  kedudukan lampu tidak membayangi kipas. Nanti sakit mata. 
Kesembilan: Pasang alarm & auto gate
Dah siap godek-godek satu rumah..lastttttt sekali baru la korang panggil orang pasang alarm & auto gate tu. Ni kira benda paling last la korang buat sebelum nak masuk pindah rumah..Ok ! Awal2 tadi kita buat hacking untuk alarm aje,bukan pasang keseluruhan alarm tau,bila dan kompem nak masuk ke rumah,anda akan buat pemasangan penuh untuk alarm rumah tu..bermakna ianya sudah berfungsi serta sudah di ON kan. 
Untuk CCTV pun sama,setelah kompem nak masuk rumah,anda perlu ON kan CCTV anda tu,makesure semuanya sudah jelas dan dilink kan ke hp anda(tengok jenis CCTV) juga atau ke TV anda. Jangan pasang siap semua CCTV dan alarm sebelum kompem masuk rumah atau rumah belum dikuncikan, nanti lesap pulak semua tu..hehe..Ni yang kontraktor CCTV dan alarm kami advice kan.

Kesepuluh: Cuci rumah serta pasang langsir
Setelah semua diatas telah siap dan rumah telah dibersihkan serta dimopkan dengan bersih,barulah boleh panggil orang gantung langsir. Langsir ni kita last sebelum kita masukkan perabot,almari serta katil bantal semua. Ketika ini pun anda masih boleh untuk pasang wallpaper. Saya mengambil pakej langsir & wallpaper di Elyza,so memang mereka akan buat pemasangan walllpaper sekali dengan langsir.
Kesebelas:Landskaping/pokok bunga halaman
Untuk mencantikkan halaman rumah anda,boleh membeli bunga-bunga atau pokok renek untuk ditanam didepan rumah. Saya gantikan ruang belakang rumah dengan rumput carpet. Nanti saya update tenatng rumput carpet pula yer. 

Keduabelas: Barang rumah diangkut
Setelah selesai semua diatas,barulah boleh angkut barang-barang ke rumah baru. Angkut terus susun barulah semuanya tidak menyemakkan ruang. Pastikan dapur disettlekan terlebih dahulu supaya senang untuk menyiapkan runang lain yang lebih banyak. ;)



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.